Selasa lalu, bekas menteri Umno, Tan Sri Rafidah Aziz menulis di Facebook untuk berkongsi pandangan undang-undang seorang rakannya, yang berkata bahawa Umno tidak boleh bertanding pada pilihan raya umum akan datang kerana parti itu dianggap tidak sah selepas April 19 - 2018 Beliau juga berkata, bahawa ROS tidak mempunyai kuasa untuk membenarkan lanjutan kedua dan Tengku Adnan merujuk peruntukan yang salah dalam mewajarkan penangguhan itu. Bagaimanapun, Tengku Adnan menegaskan semalam bahawa Umno bukan parti yang haram, dan memberi jaminan kepada ahli-ahlinya bahawa mereka akan bertanding pada pilihan raya umum ke-14. . . Rais gesa MT ke mahkamah tentukan 'kesahihan' Umno. Tan Sri Rais Yatim menggesa anggota Majlis Tertinggi Umno supaya tidak memandang remeh soal perlembagaan dan mendapatkan pengisytiharan mahkamah sama ada tindakan parti itu menangguhkan pemilihannya adalah sah. Veteran Umno itu berkata demikian apabila ditanya sama ada beliau akan memohon pengisy...