Skip to main content

Posts

Mulai 20hb April - UMNO Parti Haram

Selasa lalu, bekas menteri Umno, Tan Sri Rafidah Aziz menulis di Facebook untuk berkongsi pandangan undang-undang seorang rakannya, yang berkata bahawa Umno tidak boleh bertanding pada pilihan raya umum akan datang kerana parti itu dianggap tidak sah selepas April 19 - 2018 Beliau juga berkata, bahawa ROS tidak mempunyai kuasa untuk membenarkan lanjutan kedua dan Tengku Adnan merujuk peruntukan yang salah dalam mewajarkan penangguhan itu. Bagaimanapun, Tengku Adnan menegaskan semalam bahawa Umno bukan parti yang haram, dan memberi jaminan kepada ahli-ahlinya bahawa mereka akan bertanding pada pilihan raya umum ke-14. . . Rais gesa MT ke mahkamah tentukan 'kesahihan' Umno. Tan Sri Rais Yatim menggesa anggota Majlis Tertinggi Umno supaya tidak memandang remeh soal perlembagaan dan mendapatkan pengisytiharan mahkamah sama ada tindakan parti itu menangguhkan pemilihannya adalah sah. Veteran Umno itu berkata demikian apabila ditanya sama ada beliau akan memohon pengisy
Recent posts

MASIH ADA KEADILAN LAGI KAH?

MASIH ADA KEADILAN LAGI KAH? Apabila PAS memohon untuk menggunakan kemudahan awam di bawah PBT , pihak-pihak tertentu merujuk surat pekeliling YB SU Kerajaan N egeri Selangor bertarikh 4 April 2018 yang melarang penggunaan kemudahan awam termasuk dewan dan kawasan lapang milik PBT Selangor bagi parti-parti politik sepanjang musim PRU ke 14 ini. Larangan itu ditandatangan sendiri oleh Dato Mohd Amin Ahmad Ahya selaku SUK Selangor. Malam ini PAS Selangor terpaksa menyewa dewan milik persendirian untuk majlis pengisytiharan calonnya kerana menghormati larangan itu. Tiba- tiba PH dilaporkan akan menggunakan Stadium Kuala Selangor 23 April ini untuk program parti mereka. Adilkah begini? Dahlah peruntuklan tahunan sebahagian besar ADUN-ADUN PAS terus dibeku sehingga hari ini, ini dewan milik kerajaan pun seakan jadi milik mereka. Perangai ini saling tak tumpah perangai dan amalan BN semasa berkuasa dulu. Cukuplah rakyat tertipu dengan BN dan PH. Bangkit rakyat Selangor